Jangan lupa tahun ini 26 Juli 2006 = 1 Rajab 1427
KELEBIHAN
BULAN REJAB
Sabda
Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan
Rejab,nescaya
Allah muliakan kamu dengan seribu
kemuliaan
di hari kiamat.
Sabda
Nabi s.a.w.:
Bulan
Rejab Bulan Allah, Bulan Sya’aban bulanku &
bulan
Ramadhan bulan umatku.
Kemuliaan
Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya, Sya’aban
dengan
malam NISFUnya Ramadhan dengan
LAILATUL-QADARnya.
Malam
awal Rejab mustajab do’anya.(Dalam Kitab Raudhoh
Iman
Nawawi)
* Puasa
sehari pada bulan Rejab mendapat syurga
tertinggi
(Firdaus).
* Puasa
dua hari dilipatgandakan pahalanya.
* Puasa
tiga hari pada bulan Rejab dijadikan parit
yang
panjang, yang menghalangkan dia keneraka
(panjangnya
setahun perjalanan).
* Puasa
empat hari pada bulan Rejab diafiatkan
daripada
bala dan daripada penyakit yang besar-besar
dan
daripada fitnah Dajal di hari kiamat.
* Puasa
lima
hari pada bulan Rejab, aman daripada azab
kubur.
* Puasa
enam hari pada bulan Rejab, keluar kubur
bercahaya
muka.
* Puasa
tujuh hari pada bulan Rejab, ditutup daripada
tujuh
pintu neraka.
* Puasa
lapan hari pada bulan Rejab, dibuka baginya
lapan
pintu syurga.
* Puasa
sembilan hari pada bulan Rejab keluar dari
kuburnya
lalu, MENGUCAP DUA KALIMAH SHAHADAH tidak
ditolak
dia masuk syurga.
* Puasa
10 hari pada bulan Rejab Allah jadikan baginya
hamparan
perhentian di Titi Sirotolmustaqim pada
tiap-tiap
satu batu di hari kiamat.
* Puasa
16 belas hari pada bulan Rejab akan dapat
melihat
wajah Allah di dalam syurga dan orang yang
pertama
menziarahi Allah di dalam syurga.
* Puasa
19 belas hari pada bulan Rejab, dibina baginya
sebuah
mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim
a.s dan
Nabi Allah Adam a.s.
* Puasa
20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala
dosanya
yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang
yang
tinggi daripada umurnya (pembaharuan umur).
Berkata
Saidina Ali:
* Puasa
Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa
Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu
tahun.
* Puasa
Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu
tahun.
Kelebihan
bulan Rejab dari segala bulan seperti
kelebihan
Qur’an atas segala Qalam.
Puasa
sehari pada bulan Rejab seperti puasa empat
puluh
tahun dan diberi minum air dari Syurga.
Puasa 10
hari pada bulan Rejab dijadikan dua sayap,
terbang
seperti kilat di atas Titi Sirotalmustaqim
di hari
kiamat.
Puasa
sehari pada bulan Rejab seperti mengerjakan
ibadat
seumurnya.
Puasa
pada awal Rejab, pertengahannya dan akhirnya
seperti
puasa sebulan pahalanya.
Bulan
Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa
orang-orang
yang meminta ampun dan bertaubat kepada
Allah.
Puasa Bulan Rejab wajib baginya:
*
Diampunkan dosanya yang lalu.
*
Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
*
Terlepas dari dahaga di hari kiamat.
Orang
yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab
hendaklah
bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya
sebiji
roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan
Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan
kepadanya
tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu
kebajikan,
diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.
Tiap
sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya
pada
bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah.
Dibina
mahligai seribu bilik dan seribu bidadari,
lebih
cantik daripada atahari seribu kali.
Bulan
Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab
dijauhkan
Allah daripada api neraka kerana kemuliaan
bulan
Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang
bukit
Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat
dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam
Rejab
meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.
Allah
menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa
meminta
ampun (bersitighfar) kepada Allah
pagi dan
petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di
haramkan tubuhnya daripada api neraka.
Sesiapa
berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah
berseru
kepadanya:
"Telah
wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu
kepadaKu.
Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku
tolakkan
hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah
`arasyKu,
engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau
terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada
dinding
antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul
Ifkar)
Puasa
pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh
bulan
pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti
puasa
seribu tahun, kerana kebesaran hari
ISRAK-MIKRAJ.
Siapa
melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan
orang
mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah
kepadanya
Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.
Siapa
berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan
beribadat
pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa
tiga
ribu tahun.
Diampunkan
baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari,
ditunaikan
70 hajat ketika keluar nyawanya daripada
jasadnya,
70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat
ketika
terbang suhuf (ketika Qur’an dinaik ketika
berlalu
di Titi Sirotalmustaqim.
Rejab
ertinya ta’zim (kebesaran, keagungan,
kemuliaan).
(Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana
kebesaran,
keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka
Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan
terhadap
hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih
pada
bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan
beribadat
pada malamnya.
Demikianlah
peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab
itu yang
dinamakan dengan BULAN ALLAH.
REJAB
bulan menabur benih.
SYA’ABAN
bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN
bulan menuai.
REJAB
menyucikan badannya.
SYA’ABAN
menyucikan hatinya.
RAMADHAN
menyucikan rohnya.
REJAB
bulan taubat.
SYA’ABAN
bulan muhibbah.
RAMADHAN
dilimpahi pahala amalan.
semoga
kita sama2 m’dpt manfaat….
wassalam
thx to
Vemy & Ika